Keluarga

Abg, Balik cpt, KERlS abg brgerak ni. Bini DIRAS0K, mgamok xnk keluar. Habis je rawatn keris hilang

Gambar sekadar hiasan.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini.Terima kasih kerana membaca artikel ini.Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

“Abangggg!!! Balik cepat, keris abang bergerak niii.” “Eh, saya tengah kerja ni. Ada sikit lagi nak siap tau.

Keris yang mana nih, yang dekat abang ni pun bergerak juga… Hahahaha,” Suasana yang tiba-tiba serius ditukar dengan nada mengusik. “Abangggg!!!!! Saya takut banggggg….aaaaa!”

Nama aku kamal. Cerita ini tiba-tiba aku nak share untuk tatapan dan mungkin juga boleh dijadikan iktibar. Hari itu aku lewat pulang. Biasalah kerja di company construction, ada saja kerja last minit. Tengah aku sibuk siapkan kerja tu. Wife aku Aina, call.

Aku ingatkan dia bergurau, tapi bila dia menjerit tu berdiri bulu roma aku.Merinding kata orang jawa. Aku terus tinggal semua kerja dan segera pulang. Sampai jer di rumah dah jam 8 malam. Aku tengok di hadapan rumah aku jiran sudah mula berkumpul.

“Ya Allahh… Kenapa ni? Jangan uji aku dengan ujian yang aku tak mampu hadapi ya Allahhh…” Bisik aku dalam hati. Sreeett! Moto wave 125 aku, yang aku pecut dari KL ke Cheras ibarat moto GP. Berhenti tepat di pagar rumah aku.

Sejak 10 tahun aku balik kerja, itulah yang paling laju dan cepat. Sekitar 10 minit sahaja. Melihat muka jiran-jiran aku, aku naik cemas. “Assalamualaikum, kenapa nih?” Aku memberi salam dan terus dengan soalan. Sambil membuka helmet dan m4tikan enjin moto.

“Waalaikumsalam kamal. Tadi wife kau menj3rit-j3rit macam kena r4suk. Aku nampak dia pegang keris. Anak-anak kau semua ada dekat rumah aku. Diorang ketakutan tu.” “Ya Allahhhh…..”. Mulanya aku rasa cemas juga tapi aku teringat pesan guru aku. Apa pun ujian hadapi dengan tenang. Tiada yang mampu memberi ‘kesan’ di atas muka bumi ini melainkan izin Allah.

Dengan lafaz bismillah dan surah Al-fatihah dan Al-ikhlas sebagai pendinding diri. Perlahan-lahan aku membuka daun pintu rumah aku. Kreeekk, dum! Suasana sangat gelap, sambil mata tercari-cari isteri aku. Tangan kanan ter4ba-r4ba mencari suis lampu.Plak!..

Teranggg… Aku terus masuk ke ruang tamu. Ternyata yang ada satu j4sad sedang duduk mencangkung.Sebelah kanan tangannya memegang keris dan diseret-seret ke lantai. Tangan kirinya memegang sarung keris.

“Assalamualaikum!” Dengan berani aku memberi salam. Emmmghhhh! Mmmmghhh!.. Eghhuh!!. Yang disambut hanya dengusan kasar dan jelingan yang cukup tajam. Hee heeeeh heeee..Disambut dengan nada sinis ketawa kecil.

Di hadapan aku waktu itu ternyata jasad Aina yang sedang dir4suk. Mukanya berubah menjadi sangat seram. Mata merah. “Kau siapa haaa set4n!”.

“ISTERI KAU BUKAN MILIK KAU!DIA MILIK AKU!”. “Kau nak apa! Kita semua bukan milik siapa-siapa. Kita semua milik Allah!”. Meng1lai ‘Aina’ waktu tu. Seolah-olah mencabar aku sebagai khalifah.

Dengan berpandukan ilmu yang aku ada. Aku memanggil beberapa orang jiran yang betul-betul akrab dengan aku masuk. “Boleh tolong dapatkan aku lada hitam dan Garam kasar tak?”.

Sementara jiran aku yang sorang tu pergi dapatkan barang yang aku minta, aku terus membaca ayat-ayat ruqyah yang pernah aku belajar dulu.

Meraung-raung aku tengok ‘Aina’ waktu tu. Sesekali terbit rasa kasihan tapi apakan daya. Aku perlu kuat. Siapa mampu melihat orang tersayang dalam keadaan macam tu.

“Mat! Kau azan sekarang! Azan kuat kuat.” Bergegar Rumah aku dibuatnya waktu tu. Seolah-olah macam ada aura jahat yang cukup kuat tapi itulah, kuat mana pun tak mampu lawan kuatnya kebesaran Maha Pencipta.

“Kau nak keluar ke nak m4ti haaaa setan!” “JSAD NI MILIK AKU, AKU SUKA DIA! KALAU AKU TAK DAPAT. TAKDE SIAPA YANG BOLEH DAPAT! ITU JANJI AKU! KAU NAK LAWAN AKU! AKU HIDUP LEBIH LAMA DARI KAU!!!

B4NGSA KAU LEMAH! B4NGSA AKU KUAT!”. “Kamal, ni lada hitam dengan garam kasar yang kau minta tadi.” Kebetulan jiran aku yang keluar pergi beli barang tadi balik.

Terus aku hembus bila selesai membaca beberapa ayat pemusn4h s1hir kearah barang – barang tu dengan niat melumpuhkan apa jua gangguan yang ada.

“Allahuakhbar!!!” Aku melempar segenggam lada hitam tepat kearah ‘Aina’. Mengelupur jasadnya. Menjeritt-jeritt dan terus tumbang!

“Korang pegang tangan dan kaki, jangan bagi dia melawan. Aku nak bnuh j1n jhat ni.” Keempat-empat orang jiran aku memegang ‘Aina’ dari meronta.

Muka ‘Aina’ pucat macam m4yat. Dengusan nafas seolah-olah seperti haiwan yang buas!. Kadang berdengus seperti harimau.Kekuatannya melangkaui kekuatan seorang wanita.

Sedangkan ‘Aina’ dikenali sebagai seorang yang cukup lemah lembut dikalangan jirannya. “JANGAN BNUH AKU!!! AKU KELUAR AKU KELUAR!”.

“Baru sekarang kau nak keluar! Tak! Aku tak bagi, aku nak bnuh kau, kau dah banyak ganggu keturunan dan cucu cicit anak Adam. Kau dah susahkan orang yang aku sayang!”

Aku terus dengan doa dan baca beberapa ayat pematah s1hir. “Bismillahhhh dengan Nama Allah, tiada daya upayaku melainkan pertolongan dan bantuan mu YaAllah! Dengan izin mu Ya Allah seperti apa yang aku niatkan,”.

Bismillahhirohmannirrohimmm… Tangan aku ibarat memegang p1sau dan ibarat menymbelih ke leher ‘Aina’. (korang imagine sendirilah! Susah nak gambarkan).

Jsad Aina menggelupur seperti lembu yang dismbelih. Aku terus bangun solat 2 rakaat tanda syukur bila mana aku lihat isteri aku makin tenang dan beransur pulih tapi masih belum sedar.

Aku capai sebotol air dan membuat air tawar. “Ya Allah mudah-mudahan berkat ayat-ayat ruqyah, kau jadikan air ini sebagai penawar bagi segala penykit dan pendinding bagi segala gangguan…”

Fuuuhhhhhhh.. Aku tiup perlahan (bukan macam b0moh yer). Aku sapu ke muka isteri aku. Ada d4rah di hidung dan mulutnya, aku lap. Airmata aku jatuh.

Perlahan2 aku panggil nama dia.. “Sayanggggg bangun… “Sayanggg…. Sayanggggg.” “Sabar kamal, kuatkan semangat. Jom kita hantar isteri kau ke hspital. Kita check dulu kalau ada apa-apa.”

Aku menangis… Menangis…Dan terus menangis….. “Kuatkan aku ya Allah… Bantu isteri aku, sembuhkan dia.” Tiba – tiba salah sorang dari jiran aku menjeritt. “Allahhhh… Kamal!

Tengok keris tu. Tengok! Keris tu berdiri!”. “Kau pergi amik air, isi dalam baldi yang ada dalam bilik air tu. Cepat!”.

Aku minta tolong pada sorang dari jiran aku yang ada dekat situ untuk membantu. Keadaan yang agak tenang tadi tiba-tiba menjadi agak huru-hara.

Sampaikan punyalah panik jiran aku ni, bila aku sebut bilik air, dia berlari pergi bilik air rumah dia yang mana rumah dia selang 4 buah dari rumah aku. Hampeh betul!

Hampir tergelak jugak kami yang ada, tapi bila melihat keris yang berdiri tak tahu em0si kami ketika tu nak luah yang mana.

Mujur cepat juga jiran aku ni sampai. Aku membaca Al-fatihah, surah al-ikhlas dan selawat serta ayat pemsnah s1hir dan tiup ke arah garam kasar tadi dan larutkan dalam air.

Aku ni takdelah pandai sangat tapi dulu aku pernah belajar sikit ilmu perubatan. Cukup sekadar untuk lindung dan bantu keluarga sendiri.

Aku beranikan diri ambil keris yang tengah berdiri tu dan terus rendam kedalam air yang ada dalam baldi tu. Depan mata aku dan 4 orang jiran yang ada ketika tu. Air tu membuak-buak macam mendidih, walhal tak panas pun air tu.

Allahuakhbar! Jiran aku semua tercenggang. Betullah, perkara ghaib ini kadang bukan semua boleh terima. Kadang melangkaui batas fikiran kita.

Lama kita orang tenung air tu sampailah semuanya tenang. Khork! Khorrk!!Khorrrkkk!!. Aina terbatuk dan sedar. “Sayang…. Bangun. Alhamdulillah syukur. Terus kuat sayang. Terus lawan! Istighfar, terus ingat Allah.”

“Astaghfirullahalazim. Abanggg…… Apa dah jadi ni?”. “Takpe, nanti abang cerita yang penting sayang sihat dulu.” Aku papah isteri aku ke bilik.

Ada juga aku bertanya, nak ke hospital atau tidak. Tapi Aina hanya geleng kepala. Aku tahu mesti dia letih. “Sementara aku selesaikan isteri aku, boleh tak nak minta korang keluarkan baldi dan keris ni.

Aku masih dapat rasa ada ‘benda’ kat situ. Kejap lagi aku turun.” Lebih kurang 30 minit aku uruskan Aina, lepas je dia tidur aku turun bawah. Aku tengok 4 orang jiran aku tu masih di situ.

“Macamana wife kau kamal?” Itulah soalan pertama dari jiran aku. Alhamdulillah, wife aku okay malam tu. Cuma yang peliknya keris dalam baldi tu hilang.

Sejak malam tu perwatakan Aina agak lain. Sebenarnya keris yang Aina pegang tu aku tak tahu pun dari mana.

Bukan aku punya. Dari cerita Aina, waktu petang kejadian ada sorang budak ketuk rumah dia. Bagi satu kotak. Budak ni pesan, kotak ni hanya aku je yang boleh buka.

Tapi malangnya, waktu Aina nak letak atas meja aku, dia tergelincir dan tak sengaja kotak tu jatuh dan terbuka. Terkeluarlah keris dari kotak tu.

Keris tu berasap dan tiba-tiba satu lemb4ga hitam yang busok dan mengerikan entah dari mana datang meluru rempuh badan si Aina. Terus dia tak sedar dah apa jadi.

Apa yang aku syak, ini s1hir. Mungkin bisa s1hir ni nak hantar dekat aku tapi itulah perancangan Allah kan. Banyak jugalah perkara pelik-pelik yang berlaku sejak dari peristiwa tu.

Mujur aku kuat dan Aina juga kuat. Walaupun kadang kami juga hampir tertekan dengan ujian ni. Tapi aku selalu cakap dekat Aina, kita kena redha dengan setiap ujian Allah.

Pernah satu malam tu, pukul 1.30 pagi ada orang ketuk pintu rumah. Kuat g1ler, aku pun meluru turun. Bila aku buka, aku nampak Aina masuk terus kedapur.

Menggigil juga satu badan sebab sebelum aku turun aku memang pasti Aina sebelah aku dalam bilik tadi. Itu belum aku cerita setiap kali nak masuk waktu maghrib aku akan dengar budak menangis belakang rumah.

Sayuppp jer suara, betul-betul belakang tingkap dapur. Banyak jugalah benda yang pelik-pelik jadi. Aina juga diganggu dengan d4rah h4id yang tak putus selama lebih 6 bulan.

Merata juga aku berubat. Dipendekkan cerita kami pindah dari rumah tu. Mungkin itu jalan terbaik. Alhamdulillah sejak pindah kurang dah benda-benda pelik jadi, sesekali jer tapi itupun kami dah terbiasa.

Hampir setahun. Masuk tahun kedua aku dapat call dari salah sorang jiran aku yang dulu. “Kamal kau boleh datang tak dekat rumah aku sekarang, Jiran kita yang duduk depan rumah kau dulu mennggal…cumaaa…”.

“Innalillahiwinnailahirojiun, cuma apa?” “Takpelah, datang sini dulu…”

Hari tu,terungkai segala persoalan.Persoalan yang aku sentiasa tanya dalam diri.

Siapa yang d3ngki dengan aku. Rupanya jiran aku tu mennggal bersama keris yang pernah ganggu aku 2 tahun dulu. Di sisi jenzahnya juga ada gambar aku dan Aina.

Jiran tu lah yang pertama tanya aku malam tu. “Macamana wife kau kamal?”. Aku ingat lagi, riak mukanya. “Kenapa bang… Kau jiran baik aku kot.”

Hati aku berbisik perlahan. Di hujung sudut rumah dia aku nampak lembga hitam sama macam aku jumpa dulu.

Moral of the story. Manusia boleh jadi buta hati dan buta iman kerana mungkin cinta dan harta?

Mungkin, aku tak tahu.. Kenapa dia buat aku macam tu sampai sekarang aku takde jawapan. -TAMAT- Sekian, kamal.

Reaksi warganet

Effa ramli – Dengki sesama manusia ada pelbagai cara kan… antara kita sedar ataupun tidak… tidak semua org yg baik dgn kita itu berniat baik dan tidak jugak yg jauh drp kita itu berniat jhat…begitulah sebaliknya…sifat manusia,sikap manusia… berbeza.

Mungkin ada yg kurang disenangi.. s4kit hati..denggki padahal kita dgnnya tak pernah menyimpan niat utk keburukan…

Kuasa Allah tak der Saper menduga…org yg menjadi pendamping harian kita menjadi r4cun yg membnuh… Sebab saya sendiri adalah org yg disanntau…berpuluh thun menghadapi gelombang pasang surut menanggung kes4kitan.

Walaupun dikirim s4ntau angin yg menyebabkan batuk namun ini juga satu s3ksaan..Hanya Allah maha mengetahui.

Nani optimis – Best cerita..saya suka tak ser4m tapi suspen juga..cuma ada sedikit humor. boleh tergelak time baca..mungkin sebab membayangkan jirannya lari ke rumahnya ambil air.

Sharena elena – Best sangat2 cerita ni.. minta dijauhkan dari hasad denggki & iri hati manusia….. hati sama hitam.. rambut lain2.eeehh… salah.. salah… rambut sama hitam hati lain2… huhuhu..

Sumber : Fb Azizi Selamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *