“3 pagi adalah tidak benar” Risteena cuba prtahankan adiknya, tunjuk bukti whatsapp bagi ramai sedar

DAKWAAN pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada pukul 3 pagi adalah tidak benar.

Pelakon yang juga kakak Ruhainies iaitu Risteena Munim, 34, sebaliknya menjelaskan Jawi tiba di lokasi kejadian sekitar pukul 11 malam.

Risteena memberitahu dia menjelaskan perkara itu kerana mahu membersihkan nama Ruhainies dan bukannya menegakkan benang yang basah.

risteena anis

Pendedahan perbualan Risteena bersama Ruhainies.

“Pukul 11 (malam) Jawi dah sampai di rumah bukan 3 pagi. Yang Khilaf tetap khilaf.

“Saya percaya Aliff dan Ruhainies juga sedar sedar tentang khilaf mereka dan telah pun memohon maaf. Siapa kita untuk menghukum mereka.

“Kebetulan malam tersebut memang rancang ke rumah Ruhainies, jadi saya di sini hanya menjelaskan keadaan sebenar sekiranya perkara ini dapat diselamatkan dan tidak menjadi lebih buruk,” katanya.

Risteena berkongsi perkara itu di Instastory miliknya pada pagi Jumaat.

Tidak hanya itu, dia juga berkongsi tangkap layar perbualan bersama Ruhainies tentang perbincangan mereka untuk makan bersama.

Katanya, dia terlambat ke rumah adiknya itu disebabkan kesesakkan jalan raya seperti dimaklumkan Ruhainies.

“Ya saya sepatutnya berada di sana sama-sama tapi terlambat atas komitmen kerja dan kesesakan jalan raya.

riss

Risteena sepatutnya makan bersama Ruhainies dan Aliff pada malam kejadian.

“Saya sampai di rumah Ruhainies jam 11.30 pm. Isu 3 pagi Jawi datang ke rumah adalah tidak benar,” ujarnya.

Pada malam Khamis, Aliff dan Ruhainies akhirnya tampil menjelaskan kejadian sebenar selain kedua-dua mereka menafikan mempunyai hubungan istimewa.

Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama dan bakal didakwa di Mahkamah Syariah.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *