Keluarga

3 Bulan je Merasa Hidvp Senang, Istri Muda Mengel0h Kena Jaga Suaml Terlantar Str0x

Tidak dinafikan ramai wanita memilih untuk bermadu demi mengejar kesenangan.

Namun, kehidupan bermadu tidaklah seindah seperti disangka.

Baru-baru ini tular perkongsian seorang wanita 28 tahun yang bergelar isteri kedua selepas berkahwin dengan lelaki berusia 55 tahun.

Bagaimanapun, kehidupannya berubah apabila terpaksa menjaga suaminya yang terlantar sakit selepas diserang strok dan tidak boleh menguruskan diri sendiri.

Wanita itu turut meluahkan rasa kesal apabila terpaksa menjaga suaminya sendiri kerana isteri tua seolah-olah lepas tangan.

                

Hanya merasai kehidupan senang selama tiga bulan sahaja, wanita itu berkata dia rasa tertipu.

Ini kerana sebelum ini suami mengatakan dia mempunyai kereta dan rumah besar.

 

Namun selepas berkahwin dia hanya mendapat rumah berkembar sahaja. Malah, tiada kereta atas nama suaminya.

Wanita itu turut terkilan suaminya tidak pernah memberitahu mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Perkongsian wanita itu mendapat reaksi daripada seorang netizen yang memberi pesanan ‘padu’ kepada wanita yang berkahwin dengan suami orang.

Kononnya mahu mencari jalan pintas untuk hidup mewah tetapi harta tersebut mungkin bukan miliknya sendiri.

Buat perempuan-perempuan muka tak malu yang pilih untuk berkahwin dengan suami orang yang nampak macam kukuh kewangannya dengan niat untuk menumpang senang.

Nak shortcut, taknak rasa hidup susah kononnya, ketahuilah bahawa:

1. Awak nampak dia kerja bagus, gaji besar, tapi awak tak tau betapa banyak komitmen aka hutang yang dia kena bayar tiap bulan.

Entah-entah gaji habis ke hutang. Kalau bini dia tak bantu, kebuluran sekeluarga. Tinggal spendot je lelaki tu, habis semua kena gadai.

2. Awak nampak dia bawa kereta besar. Tak semestinya kereta tu atas nama dia ye.

Ada ramai suami bergaya ke hulu-ke hilir bawa kereta isteri. Atas nama isteri. Isteri bayar tiap bulan.

Silap haribulan minyak dengan touch & go pun isteri yang sediakan duit.

3. Awak nampak rumah dia besar, tak semestinya rumah tu dia yang punya ye. Mungkin rumah tu nama isteri.

Dia cuma cuci kaki masuk jadi king. Zaman sekarang ada ramai wanita hebat yang punya 2 3 biji rumah.

4. Awak nampak banyak emas kat badan isteri dia? Rantai tangan coco bling bling berat 80 gram. Cincin besar macam mak datin.

Awak pun goda laki dia dengan harapan awak pun akan dapat benda yang sama. Rupanya non hado.

Emas berlian tu semua bini dia beli pakai duit sendiri diknon. Harapkan laki dia? Kempunanlah jawabnya.

5. Awak tengok kat fb lelaki tu selalu jalan-jalan holiday bawak anak bini. Eh, bestnya kalau kawin dengan dia ni.

Boleh jalan-jalan obersea. Nanti jangan bila dah kawin, awak gigit jari. Rupanya selama ni yang jalan-jalan tayang kat fb tu semua guna duit bini.

Takkan awak nak buat muka tak malu tumpang madu berjalan? Dahlah awak rampas suami dia?

6. Awak tengok lelaki tu nampak kemas, segak, bergaya. Ketahuilah bahawa dia nampak kemas sebab kat rumah ada isteri yang jaga makan pakai dia.

Terjaga dengan baik sebab ada isteri yang baik di belakang dia, sentiasa sokong dia.

Membahagiakan dia. Bersusah-senang bersama. Setia di sisi waktu baru kawin, waktu takde apa-apa.

Nanti dah kawin awak taulah rupanya dia selekeh gile. Spendot pun masuk dalam mesen basuh masih bergulung.

Tak usah dirampas hak orang. Cari kebahagiaan sendiri. Jangan hancurkan hati wanita yang lain.

Jangan bina kebahagiaan atas air mata wanita lain. Awak nak hidup senang? Usaha.

Atau cari lelaki bujang yang kaya. Bukan suami orang. Ada faham? Tak faham kalu, kejap lagi acik lukis.

Kredit: Nurul Kasmadillawati Zakaria

 

SUMBER: Facebook Kami Suri Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *